Jan 13, 2010

Reflective Teaching Journal - Part 2

logo Yaya untuk tugasan laman web, Yaya mempromosikan kasut yang dilukis dengan tangan

Bagaimana kelas boleh habis awal menjadi persoalan terus-terusan membawa saya berjumpa dengan Kak Chahaya. Setelah menghabiskan 15 minit meminta pandangan beliau sebagai pensyarah senior.

Berikut adalah saranan Kak Chahaya bagi mengatasi masalah kelas habis awal;
1. bawa keratan akhbar yang berkaitan, minta mereka bincangkan perkara penting, sediakan kertas mahjong dan bentangkan input yang diperolehi.

2. ceritakan lebih banyak contoh untuk setiap isi. maknanya banyakkan membaca.

3. beri lebih masa rehat, jika rehat 5 minit tidak cukup panjang, mungkin boleh beri 10 minit.

4. sediakan kajian kes, soalan peperiksaan yang lepas untuk dibincangkan dan dibentangakan. berikan komen-komen yang membantu untuk penambahbaikkan.

Hari ini saya membawakan keratan akhbar seperti yang disarankan oleh Kak Chahaya. Topik yang dibincangkan adalah contoh usahawan yang telah berjaya. Antara perusahaan yang telah dibincangkan adalah mas cotek, butik di blog, kedai dobi dan tepung keledek.

Hasilnya kelas berjaya tamat seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu, namun begitu ada juga kelemahan antaranya;

1. segelintir pelajar tidak ambil bahagian, kurang kerja untuk diagihkan, hanya didominasi oleh segelintir pelajar.

2. pelajar bebas untuk keluar masuk memandangkan masa yang panjang dan tiada input penting untuk dikongsi bersama pensyarah.

3. masa terlalu panjang menyiapkan tugasan kerana diselangseli dengan perbualan kosong.

Oleh itu, tindakan kawalan perlu dilakukan pada masa hadapan;

1. menetapkan masa dengan tegas
2. rondaan kepada setiap kumpulan, tanyakan soalan jika pelajar tiada soalan
3. minta kerjasama pelajar, maklumkan markah akan diambilkira
4. kecilkan bilangan pelajar dalam setiap kumpulan

Walaubagaimanapun, hari ini boleh dikatakan berjaya!