Jul 13, 2010

Kelas - Cabaran

Semester baru pastinya saya pun bersemangat baru juga, walaupun subjek yang diajar adalah sama tapi saya kira cabaran kali ini adalah pelajar-pelajar itu sendiri.Malah dalam ilmu pengurusan sendiri memang terbukti bahawa pengurusan manusia adalah yang paling sukar.

ETR 300 - pelajar sains gunaan
MGT 321 - pelajar perniagaan

Mengajar subjek keusahawanan kepada orang sains membuatkan saya terfikir-fikir 2, 3 hari bagaimana cara terbaik untuk mengajar mereka. Pelajar beranggapan subjek ini sukar memandangkan ianya bukan bidang mereka apatah lagi setelah diberitahu bahawa mereka mesti tahu tentang perakaunan, pengurusan operasi, pemasaran dan juga pentadbiran. Saya merasa sangat risau melihat wajah-wajah kosong meraka tatkala membincangkan topik pertama iaitu pengenalan kepada keusahawanan. Hati jadi tertanya-tanya adakah mereka faham dan benar-benar sedang mengikuti kursus ini. Mujur juga terdapat pelajar yang dapat menjawab dan memberikan hujahan saat-saat diajukan soalan untuk mendapatkan kepastian. Namun begitu masih terdapat sebilangan pelajar yang enggan memberi respon atau paling teruk menjawab "tidak tahu" - inilah cabaran sebenar. Melihat kepada situasi yang amat genting bagi pelajar dan juga pensyarahnya, saya telahpun memberikan tugasan kepada mereka supaya mencari beberapa perkara berkaitan dengan perkembangan keusahawanan di Malaysia. Tidak sabar rasanya untuk melihat prestasi mereka pada hari Jumaat ini. Jika prestasi mereka melebihi jangkaan saya bolehlah menghela nafas lega sedikit, jika tidak barangkali perlu saya fikirkan 5,6 hari pula cara untuk mengajar mereka.

Cabaran bagi kelas MGT321 pula berbeza dan saya perlukan masa khas untuk menerangkannya.