Jul 26, 2010

Kelas Malam - MGT 534/ MGT 321

Bila buat kelas malam, nampak gaya macam pensyarahnya pula yang lebih-lebih hendak beraya berbanding dengan budak-budak. Ramai orang tanya "Huda, tak balik lagi?" - saya pun jawab "tak, saya ada kelas malam ni"  - "hai orang dekat tak sabar-sabar nak raya, macam kampung jauh sangat".
Tapi sekarang isunya bukan kerana tidak sabar-sabar, tapi malas hendak tunggu di hujung waktu sebab masa itu akan ramai orang yang berebut nak buat kelas juga. Mulalah kelas tak cukup, atau lebih teruk lagi pelajar tidak berkelapangan.

Objektif kelas malam ini adalah untuk menunjukkan kepada pelajar tentang cara menggunakan aplikasi movie maker. Saya sedar dan faham akan ada pelajar yang memang sudah mahir menggunakan aplikasi ini memandangkan mereka adalah generasi y yang terdedah dengan kecanggihan dalam segala segi, tapi demi memberi keadilan kepada semua kelas ini dijalankan juga. Sekurang-kurang pada malam ini mereka akan mula memikirkan tajuk, idea, konsep tugasan meraka. Secara tidak langsung saya juga boleh mengaplikasi dan berkongsi pengetahuan yang didapati dari kursus di Ilqam tempoh hari.