Nov 23, 2010

KAKS KE-5

Akhirnya KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWAZAH anjuran UiTM Pahang berjaya dilangsungkan di De Rhu Resort, Kuantan. Hanya 2 hari sahaja lagi kursus ini akan berakhir dan berharap ia mampu memberikan pengajaran yang banyak kepada para peserta. Kandungan kursus merangkumi pelbagai bidang termasuklah kewangan, rancangan perniagaan, pengurusan operasi, mengenalpasti peluang perniagaan, kreativiti dan inovasi serta motivasi keusahawanan. Dalam masa yang sama pihak penganjur turut menjemput penceramah luar untuk berkongsi maklumat dan memberi gambaran sebenar dunia perniagaan yang bakal diceburi. Penceramah luar yang dijemput adalah terdiri daripada INSKEN, PUNB, SMM dan SME Bank.

Sepanjang pemerhatian saya di sini selaku ahli jawatan kuasa, rata-rata pelajar menunjukkan minat yang mendalam untuk menyertai dunia perniagaan berdasarkan kepada soalan-soalan yang ditanya sepanjang slot ceramah berlangsung. Sementara itu, penyertaan mereka semasa latihan dalam kumpulan berlangsung juga amat menggalakkan. Peserta juga diminta untuk menyiapkan idea perniagaan ringkas secara berkumpulan yang mana ia bertujuan untuk melihat keupayaan mereka menyampaikan idea mereka dan lebihh daripada itu adalah untuk melihat sejauh mana kreativiti mereka menghasilkan idea perniagan yang unik dan boleh dijayakan.