Jan 28, 2011

Aktiviti Kelas: Solving Puzzle Method

Sepanjang minggu ketiga ini saya cuba mengeksperimen kaedah baru dalam P&P. Idea ini saya dapati hasil dari kursus latihan OBE di Shah Alam oleh Pak Abu dan juga pembentangan kertas kerja konsep oleh Puan Hasnizawati dan Puan Rozieana iaitu dikenali sebagai Solving Puzzle Method. Kaedah ini tidak memerlukan sebarang alat permainan malah peralatan yang akan digunakan boleh didapati dari pelajar sendiri. Hampir setiap kelas yang saya tangani dalam minggu ini mengaplikasikan kaedah ini.

Pada peringkat awal saya tidak merancang untuk menggunapakai kaedah ini, namun saya perhatikan setiap kali ada pembentangan kecil pelajar tidak akan memberi tumpuan kerana bersiap sedia untuk turutan mereka. Setelah giliran mereka selesai pelajar lebih gemar membuat hal sendiri kerana merasakan bahagian mereka sudah selesai. Pelajar melihat pembentangan sebagai satu aktiviti untuk pensyarah menilai dan bukannya sebagai sebahagian proses pembelajaran mereka.

Keadah ini memerlukan pelajar membentangkan setiap topik kecil kepada rakan-rakan mereka secara pusingan. Jika dahulu setiap kumpulan membentangkan topik di hadapan semua pelajar namun kali ini mereka perlu menerangkannya berulang-ulang selagi ada pelajar yang belum mendengar pembentangan mereka. Walaubagaimanapun, syarahan utama tetap dilaksanakan oleh pensyarah dan aktiviti ini sesuai dijalankan pada waktu tutorial.

Hasil pemerhatian saya terhadap kesan baik dan buruk keadah ini dan objektifnya diringkaskan seperti berikut;

Objektif;

1. Menjadikan pelajar lebih aktif di dalam kelas dari hanya duduk dan mendengar syarahan guru.
2. Mengubah cara pembelajaran sehala kepada dua hala.
3. Menjadikan guru lebih tenang dalam erti tidak perlu tergopoh-gopoh menghabiskan syarahan kerana terpaksa memberi ketelitian kepada topik kecil.

Kebaikan;

1. Penglibatan pelajar lebih aktif dan memberi lebih tumpuan kerana pembentangan dijalankan dalam kumpulan kecil.
2. Meningkatkan rasa keyakinan diri semasa membentang dan bertanyakan soalan.
3. Delegasi tugas dan memberi kepercayaan kepada pelajar bagi memaham dan menerangkan topik-topik kecil.
4. Menghormati rakan sekelas.
5. Pelajar merasakan proses pembelajaran menyeronokkan kerana lain dari yang lain.

Keburukan;

1. Dominasi pelajar tertentu dan tidak memberi peluang kepada rakan lain untuk terlibat sana dalam pembentangan.
2. Segelintir pelajar melepas tangan dan menyerahkan tugasan membentang kepada rakan lain.
3. Mengambil masa yang panjang.
4. Pelajar tidak selesa kerana terpaksa berdiri dan bergerak.
5. Tumpuan terganggu kerana kelas sedikit bising.

Berikut adalah gambar yang sempat saya rakam menggambarkan aktiviti pelajar di dalam kelas.

MGT 300 BM1114J - Firdaus dengan topik Effectiveness IT Metrics

MGT534 OM2213A - Topik MARS Model - Looking the right candidate in interview session 

ETR300 AS1176A - Syafiq dengan topik Inovasi Produk Tab Mandi Bayi untuk Elak Penyakit-Berjangkit

MGT028 PD0031F - Razzak dengan topik Positive Attitudes and Values "Band in Wheelchairs"