Jan 27, 2011

TINTA PENUNTUT "MASA ITU KEHIDUPAN" - Hasil

Majlis taklimat program mentor-mentee Biro PDCA UiTM Pahang telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun kehadiran pelajar tidak memuaskan kerana terdapat pelajar yang menghadiri kelas terutama kelas bahasa Inggeris dan Mandarin tetapi masih ada yang menunjukkan semangat dan sokongan padu dengan menghadiri majlis ini setelah selesai kelas masing-masing. Mereka yang datang lambat mungkin tidak mendengar amanat yang telah disampaikan dan terlepas agenda penting namun, kehadiran mereka tetap diraikan.

Agenda utama tentunya memperkenalkan mentor-mentor yang terlibat dan menerangkan kepada pelajar baru tentang apa itu Biro PDCA. Pelajar juga ditunjukkan statistik pencapaian mereka dalam peperikasaan yang lepas dan juga program-program lain yang telah dijalankan sepanjang semester. Acara kemuncak tentunya majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan pencapaian akademik yang memberangsangkan. Akhir majlis ditutup dengan bacaan ikrar oleh para pelajar di depan mentor dan semua hadirin makan sambil-sambil mendengar taklimat sulung mentor mereka pada semester ini.

Puan Aziah - Pengerusi Biro PDCA

Menunggu rakan-rakan lain mengambil cenderahati dari Puan Pengerusi.

Senyuman kejayaan yang lebar - TERUSKAN USAHA

Asyikin, Firdaus dan Ridhwan menunjukkan bahasa tubuh yang sama semasa taklimat sedang berlangsung.

Merakam kejayaan bersama mentor  

Bacaan Ikrar; Zaffan dan Azizi bersumpah setia