Jul 19, 2011

Kerja Sekolah MGT300

Kerja sekolah pada cuti pertengahan semester - bunyinya meLETIHkan tapi ia sangat BERMANFAAT!

BLOG REVIEW - lawat 8 blog yang berkaitan dengan perniagaan masing-masing dan tulis sedikit artikel dan komen mengenai blog-blog tersebut.

Biasa kita dengar "hotel review" mahupun "restaurant review", BLOG REVIEW  pun lebih kurang macam itu juga kaedahnya. Reviewer biasanya adalah mereka yang terdiri daripada pakar-pakar mahupun pihak majalah atau media yang akan menilai tentang sesebuah hotel mahupun restoran. REVIEW ini sangat penting kepada pengusaha sebagai satu tanda aras pencapaian dan kemajuan perniagaan mereka. Jika orang yang datang REVIEW benar-benar sifu maka, ia umpama satu penghargaan kepada tuan punya perniagaan. Selepas di"REVIEW" biasanya hotel atau restoran tersebut diberikan RANKING dan akan mendapat sambutan yang menggalakkan sebaik pelangan mendapat tahu mengenainya di majalah mahupun TV.

Tapi, oleh kerana ini kerja sekolah maka pelajar belum dikategori sebagai pakar, namun tujuan utama kerja sekolah ini supaya kita dapat BELAJAR dari orang lain. Oleh itu, pelajar perlu melawat blog tersebut dan ambil masa baca blog mereka. Perhatikan bagaimana tuan punya blog menyusun atur, menulis artikel ringkas, menetapkan harga, meletakkan terma dan syarat, menyediakan borang tempahan, penggunaan warna dan jenis tulisan, saiz dan sudut gambar dan sebagainya. Kemudian, kita akan dapat idea bagaimana mahu menambahbaik blog sendiri.

Ingat, ini adalah kerja sekolah maka, sila tulis artikel ringkas berkenaan dengan blog yang telah dilawati, seperti kelebihan dan kekurangan, jumlah pelawat sehari, jumlah pengikut, kepelbagaian jenis, tempoh/ usia perniagaan, produk, perkhidmatan tambahan dan apa-apa sahaja yang difikirkan menarik. Elakkan dari mengkritik yang berlebih-lebihan dan negatif sahaja, memandangkan kita semua masih dalam proses pembelajaran, maka sewajarnya kita berguru dengan orang yang lebih berpengalaman.

Masukkan juga PAUTAN, iaitu alamat URL dan print screen untuk setaip blog tersebut. Nanti senanglah orang lain yang berminat termasuklah saya juga untuk melawat blog itu.

Sekian, selamat membuat KERJA SEKOLAH.