Aug 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA + HTML

Minggu terakhir sebelum cuti raya Kelas MGT300 (bm11250, bm114a, bm1114b dan bm1114c) sempat saya akhiri dengan kelas tutorial HTML.

Walaupun sudah dipesan dalam kelas hari Isnin "jangan ponteng kelas" tapi ada juga yang PONTENG. Saya memang tak faham ... sabar je laa!

Ok mari kita ulangkaji pelajaran kita, ingat koding asas untuk HTML?, yang mana semua orang pening-pening dan ada juga yang yang belum apa-apa sudah tersungkur ;-(

Ok... ingat? Bagus.

Sekarang saya nak tunjukkan bagaimana kita boleh masukkan imej grafik yang di muat turun dari internet dengan menggunakan fungsi EDIT HTML pada blog kita.

Saya yakin ramai yang buat entri baru di >new post dan guna >compose dan jarang yang guna >edit HTML.

Sekarang gunakan edit HTML ia akan kelihatan seperti berikut:

Ok sebenarnya senang, lawat photobucket kemudian carilah grafik-grafik yang dikongsikan di sana, ada macam-macam dan pilih sahaja mana berkenan di hati. Apabila kita layang-layangkan tetikus di atas grafik-grafik tersebut, kita akan dapat tengok HTML CODE yang disediakan dan salin sahaja kod itu.

Maka dengan itu, tampal kod tersebut dalam entri kita seperti berikut;

Seperti yang saya ambil ini adalah imej animasi yang disediakan oleh qhairul87 nama failnya kad-raya-2.gif (ingat masa kita masukkan imej kena pastikan betul-betul nama fail tersebut dan msetilah .gif)

Ta.. Daa... inilah hasilnya. Bolehlah cuba untuk grafik-grafik lain pula. Lebih elok imej grafik tersebut yang kita buat sendiri.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan seperjuangan di UiTM terutama di Kampus khazanah Alam, keluarga besar FPP dan keluarga BM111. Tidak lupa juga kepada para pelajar yang lama dan yang berada di semester sekarang. Mohon maaf atas segala kekhilafan dan ketidakcekapan dalam menguruskan hal-hal berkaitan kerja dan kelas.

Khas untuk semua pelajar saya ingin nasihatkan janganlah sesekali PONTENG KELAS. Tunjukkan sikap yang betul dan postif terhadap kejayaan. Semua orang yang berjaya bermula dengan KERJA KERAS, datang ke kelas menunjukkan KERJA KERAS kita. Sebagai seorang pelajar tidak seharusnya kita PONTENG KELAS. Saya sangat bimbang sikap seumpama ini akan terbawa-bawa semasa pelajar bekerja kelak. Sebab itulah saya memang pantang orang PONTENG. Dan jaga penampilan kita, kalau di Hari Raya kita pandai bergaya seharusnya ke KELAS lebih BERGAYA dan SEGAK/CANTIK/CUN serta KEMAS.

p/s: saya nak ucapkan terima kasih kepada qhairul87 - Terima kasih banyak-banyak.