Aug 9, 2011

Selamat Tinggal En. KZ

En. KZ panggilan untuk pensyarah paling senior dalam BM111 atau nama penuhnya En. Kamarudzaman Abdullah. Semalam 9 Ogos 2011 adalah hari terakhir beliau di UiTM Pahang setelah berkhidmat lebih 10 tahun di sini.

Sepanjang mengenali beliau saya menganggap En. KZ sebagai ayah kerana beliau sering memberi tunjuk ajar dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam hal-ehwal mendidik pelajar. Nasihat belaiu dituturkan dengan tegas didengar sangat logik. Masih ingat lagi, ketika saya bertanya kepada beliau tentang topik kewangan dalam subjek Keusahawanan, beliau menerangkan kepada saya dengan jelas seperti mengajar seorang pelajar di dalam kelas.

Semalam buat kali terakhirnya, En KZ menitipkan emel untuk semua Warga UiTM Pahang. Saya ingin memetik nukilan beliau yang saya kira menyentuh perasaan dan dalam masa yang sama memberi kesedaran bagaimana kita harus tahu menghargai dan berterima kasih kepada orang di sekeliling kita.

Saya buat pertama kalinya diberi peluang belajar di Univesiti ini (dulu Instititut) pada tahun 1974 dan diberi beberapa kali lagi peluang masuk belajar semasa berkhidmat di Industri. Akhirnya diterima pula berkhidmat dengan nya. Alangkah bertuahnya!

Akhir kata kepada universiti ini:

`Dimanakah aku tanpa mu? Berat hati untuk meninggalkan mu yang sangat berjasa kepada diri ku. Apakan daya, kudrat ada hadnya, tangan ku longlai nak memelukmu. Ku doakan kesejahteraan mu, semoga kekal abadi, harum berkembang mewangi, dan kepada warganya ku doakan kesejahteraan dan dapat menunaikan amanah dengan baik sekali. Sesungguhnya UiTM dihatiku!’

En. KZ bersama Ajim